Sunday, 8 May 2016

Universiti Malaysia Kelantan

Biru, jingga dan merah warnanya
Semangat sumpah setia
Inovatif, Integriti
Ilmu diterokai

Warisan, budaya, sumber asli
Keusahawanan teras kami
Kekayaan akal dan budi
Mendidik, insan yang sejati

Korus:
Merintis perubahan terkini
Demi-Mu Yang Maha Pencipta
Merealisasi Visi menjadi realiti
Demi negara tercinta

Relevan, unik dan berbeza
Penjana peradaban bangsa
Janji kami pada semua
Taburi, jasa di mana jua

[Ulang Korus]

Universiti Malaysia Kelantan
Terbilang UMK

UMK, tempat aku belajar sekarang. Banyak benda yang aku tak tahu pasal umk ni masa dapat penempatan unversiti. Masa check result, aku terkejut sebab ingatkan dapat UKM, rupanya UMK. Disebabkan aku tidak pernah tahu tentang kewujudan IPTA ni, aku google then aku bersyukur. sebab tengok dari image yang diberikan oleh Google memang gah. Selepas selamat sampai di UMK, aku mencari cari bangunan yang ditunjukkan dalam gambar, tapi tiada. Aku pelik dan hairan. Seminggu selepas orientasi barulah aku tahu bahawa umk mempunyai 3 kolej yang terdiri daripada Bachok, Jeli dan Pengkalan Chepa. Gambar yang aku google sebelum ni menunjukkan kolej Jeli dan Bachok. Aku rasa tertipu tapi aku tetap bersyukur sebab dapat masuk IPTA. Sepanjang keberadaan ku di UMK, aku dapat bekenalan dengan ramai kawan samada lelaki mahupun perempuan. Tapi lebih banyak lelaki dari perempuan sebab aku seorang yang pemalu. HAHAHA. Sekian, Terima Kasih

0 comments:

Post a Comment