Sunday, 8 May 2016

PENGALAMAN SAYA

Pengalaman sebagai konsep am terdiri daripada pengetahuan atau kemahiran atau pemerhatian sesuatu benda atau peristiwa yang diperoleh melalui penglibatan atau pendedahan kepada benda atau peristiwa itu. Secara amnya, konsep pengalaman memaksudkan kepandaian atau pengetahuan tatacara dan bukannya pengetahuan kenyataan. Ahli falsafah menggelar pengetahuan yang berasaskan pengalaman sebgai "pengetahuan empirik" atau "pengetahuan a posteriori." Seseorang yang kaya dengan pengalaman dalam sesuatu bidang boleh mengejar reputasi selaku pakar. Pengalaman tercipta apabila seseorang terlibat dalam satu situasi yang tidak dapat dilupakan seuumur hidupnya. Sepanjang 21 tahun bergelar manusia, saya mempunyai pelbagai pengalaman yang terdiri daripada pengalaman manis dan pengalaman pahit. Di sini, saya hanya akan menceritakan pengalaman manis sahaja. Kisah ini berlaku pada MAY 2015 di mana saya dan keluarga meluangkan masa bersama untuk bercuti di kundasang. Destinasi pilihan iaitu Kundasang merupakan pilihan adik bongsu saya iaitu Nur Farha Asheeda. Kami berada di Kundasang selama 2hari 1malam. Kami bermalam di sebuah chalet yang berhampiran dengan kawasan gunung kinabalu. Tempat yang menarik yang kami kunjungi ialah Desa Cattle Dairy Farm. Gambar di bawah menunjukkan suasana di kawasan tersebut.

0 comments:

Post a Comment