Sunday, 8 May 2016

KELUARGA KU SYURGA KU

Assalamualaikum wahai pembaca, Hari ini saya ditugaskan untuk menulis cerita berkenaaan dengan keluarga saya. Keluarga saya terdiri daripada abah, mama dan adik beradik saya. Ini abah dan mama saya.
Nama abah saya ialah Sudin Bin Ariffin. Beliau merupakan seorang anggota polis. Beliau kacak macam anak beliau yang menulis post ini. Ayah saya berasal dari Sik, Kedah. Beliau merupakan seorang yang tegas tapi penyayang. Beliau rapat dengan saya sebab kami mempunyai hobi yang sama iaitu minat bermain bola dan menonton gusti pada lewat malam. HAHA Nama diberi untuk mama saya ialah Siti Aisah binti Amit. Mama merupakan seorang Jururawat. Mama berkahwin dengan abah pada tahun 1991.Mama merupakan orang paling saya sayangi dalam bumi ini. Mama berasal dari Beaufort, Sabah. Mama rapat dengan saya sebab kami suka bercerita sambil menonton TV. Mama seorang yang garang semasa saya kecil dulu sebab anak dia yang menulis post ini tersangatlah nakal. Seterusnya pula berkenaan dengan adik beradik saya. Gambar untuk mereka tidak disediakan. Harap maklum kepada para pembaca. Saya mempunyai 4 orang adik beradik termasuk saya. Saya merupakan anak kedua dari 4 orang adik beradik. Abang saya bernama Mohd Faredzuan Bin Sudin. Beliau baru sahaja graduasi dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan kini sedang bekerja. Saya mempunyai dua adik perempuan. Mereka ini merupakan bunga dalam keluarga kami. Selepas saya ialah Nur Farrah Idayu Binti Sudin. Dia sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Sains Malaysia. Yang bongsu pula bernama Nur Farha Asheeda. Dia merupakan lepasan SPM. Sekian, Terima Kasih.

0 comments:

Post a Comment